Sunday, 24 March 2019

release tension hehe

Malam ni majlis penutupan tg2km so aku ajak roomate untuk turun cafe sambil tu boleh tengok Ezad Lazim secara. even aku rasa macam lagha la jugak tapi tak salah kan sekali sekala nak hiburan sikit.HAHAHA tapi okayla ezad lazim ni bagi aku suara dia maintain sama ja suara dia dalam muzik video. Actually tak minat sangat pun artis ni tapi saja ajak roomate tgk artis malam malam ni. hahahahha..... so yang je la cerita yang boleh dikongsi malam ni

si pencerita: Yasmin Huda Binti Ismail (A168125)

SAHABAT






S.A.H.A.B.A.T
 Sahabat merupakan satu perkataan yang berharga bagi orang yang pandai menghargai dan menilainya. Terkadang dalam hidup sebagai pelajar khusuSnya, sahabat sangat penting dalam menjaga dan menarik aku kembali ketika mana aku terleka. Dan terkadang juga aku mungkin tidak sedar akan pengorbanan seorang sahabat. Mungkin aku juga masih tak mampu menerangkan erti sahabat itu, tapi aku tetap pasti yang sahabat itu adalah adalah antara kurniaan Allah yang berharga dalam hidup ini. Sahabat ini jugalah yang membantu aku melakar kenangan yang terindah dalam hidup ini.  Dan buat sahabat-sahabatku yang membaca coretan ini aku ucapkan terima kasih dan maafkan aku andai pernah tergores hati kalian disebabkan aku. Semoga kalian sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah. Terima kasih:)

by:
Image result for sahabatNURUL IZZAH BINTI ZAINOL (A168059) 

Friday, 15 March 2019

KISAH SEDIH RINGKAS DARI SEORANG GADIS

Assalamualaikum hai, harini aku nak share satu cerita berdasarkan pengalaman aku menjadi seorang student.
okay, jom start...ada satu hari ni aku dapat keputusan tapi bila aku tengok balik aku rasa pelik. kenapa aku still tak mampu nak capai seperti yang aku target? sedangkan aku dah usaha sehabis yang mungkin, aku fokus dalam kelas, aku buat homework, aku hormat guru tapi aku masih lagi tak dapat macam yang aku nak.

Then, aku share masalah ni dengan kawan aku, dan dia bagitau mungkin aku lupa tajdid niat, untuk apa aku belajar.adakah aku belajar jauh jauh semata mata nak habiskan duit? Dan mungkin bila aku terlalu fous mengejar dunia aku terlepas pandang akhirat yang sepatutnya aku kejar.

So, pengajaran yang aku dapat dari kisah ni, kalau kita usaha sebanyak mana pun tapi kalau tak niat ikhlas kerana Allah ia ibarat kosong...

So, harap sapa yang baca ni sama sama kita tajdid niat kita belajar kerana Allah, kalau kita dapat peroleh kejayaan itu dikira bonus untuk diri kita dan pada masa yang sama kita dapat buat ibadah.

                                                                     ikhlas dari: YASMIN HUDA BINTI ISMAIL(A168125)

Sunday, 10 March 2019

MARI MEMBACA BERSAMA ALIA



Image result for nasihat belajar banyak bahasa



 Assalamualaikum sahabat sekalian. Aku faham yang zaman sekarang adalah zaman dimana remaja seusia aku kurang gemar membaca. Tapi aku perhatikan orang-orang hebat yang nama-nama mereka gah di persada dunia ni suka membaca walaupun diri depa sibuk dengan tanggungjawab yang pelbagai. Usha artis-artis di instagram lagi ringan bagi kita walaupun berjam-jam daripada membaca yang cuma makan masa tak sampai 2 minit untuk satu muka surat. Okey, aku cakap tentang diri aku.
Ikhlas: Alia Ayunie binti Che Yob (A168122) 

Saturday, 9 March 2019

TENTANG HATI




Image result for tentang hati

Assalamualaikum w.b.t.


    Ketikamana berbicara tentang hati, banyak perkara yang terlintas termasuklah tentang perasaan, setia, sabar, cinta, sayang dan segalanya bermula dari hati. Hatta, ketika kita melakukan sesuatu perkara niat itu dimulai dengan hati. Dan semestinya, perkara yang negatif juga seperti hasad, dengki, iri hati, dan riak juga bermula dari hati. Maka, dengan itu amatlah penting untuk kita menjaga hati, dan mendidiknya menjadi hati yang sentiasa redha dengan nikmat Tuhan. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang membawa maksud: sesungguhnya di dalam tubuh anak Adam itu terdapat segumpal daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh jasadnya, dan jika buruk daging itu maka buruklah seluruh jasad,  itulah hati. 


Image result for hati   Maka, belajarlah untuk mendidik hati untuk menjadi seorang hamba yang redha, yang menghargai segala nikmat-Nya, yang mudah memberi dan menerima.  Mulalah dengan niat dengan ikhlas, dengan jiwa yang menerima, bukalah pintu hati untuk menerima nasihat dan teguran dari orang lain :) 

By: Nurul Izzah Binti Zainol (A168059)