Thursday, 25 April 2019

KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS


Image result for KATA NAMA AM DAN KATA NAMA

Kata Nama Am
Merujuk kepada benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Dieja dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat. Terdapat dua bahagian kata nama am iaitu benda bernyawa dan tidak bernyawa.
Contoh:
-          Benda bernyawa
Manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
-          Benda tidak bernyawa
Rumah, bangunan, kereta, buku dll

Kata Nama Khas
Merujuk kepada benda, perkara, atau konsep yang bersifat khusus. Dieja dengan huruf besar pada huruf pertama setiap perkataan. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu benda bernyawa dan tidak bernyawa.
Contoh:
-          Benda bernyawa
Zainal Abidin, Sang Kancil, Ainul Mardiah, Si Belang dll
-          Benda tidak bernyawa
Kuala Lumpur, Taman Negara, Kerajaan Abbasiah dll

written by: Nur Aina Nabila Binti Zainudin (A171803)

No comments:

Post a Comment