Pulang Si
Tenggang merupakan sebuah puisi hasil penulis Muhammad Haji Salleh yang menarik
perhatian aku untuk membacanya.
i
jarak jasmani
yang kutempuh ini
adalah
perjalanan jiwa,
pemindahan diri
dari tanah asal
ke negeri yang
dikumpul oleh mata dan akal.
ilmu yang
kukutip darinya
adalah ilmu
pendatang,
yang belajar
melihat, berfikir
dan memilih dari
antara kenyataan
yang selalu
berubah wajah.
ii
benar, aku
pernah berlaga suara
dengan ibu atau
nenekku,
tetapi hanya
setelah berkali memerikan rumit keadaan
yang tidak
mereka cuba fahami
isteri yang mula
kucintai di laut kesepian
di sempadan yang
mengasingkan,
mereka telah
bawa kepada prasangka.
aku tidak pulang
sepenuhnya, aku tahu,
setelah dirubah
waktu dan persekitaran,
dikasarkan oleh
kepayahan, dianehkan oleh perpisahan.
iii
tapi lihat,
aku mengangkut
diriku pulang
setelah
diperbesarkan oleh rasa percaya,
dilebarkan oleh
tanah dan bahasa-bahasa.
aku tidak lagi
takut kepada lautan
atau manusia
lain-cara,
tidak mudah
disesatkan
oleh bicara atau
gagasan.
perjalanan tegak
sebagai guru di geladak,
yang tidak
enggan memaknakan
kebudayaan atau
kelainan.
lihat, aku
seperti kau juga
masih melayu,
peka pada apa
yang aku
percaya,
dan lebih sedia
memahami
daripada adik
atau abangku.
muatan kapal ini
juga buatmu,
kerana aku
pulang.
iv
perjalanan
menjadikan aku pemilih,
pencari yang
sering tidak menerima
daripada tangan
yang tidak jujur,
atau yang
mengungkit bayaran dari peribadi.
setelah
tahun-tahun di lautan
aku belajar
memilih-beza,
menerima hanya
yang teruji bandingan
atau seciap
dengan bijak datukku
yang membawaku
pulang
ke kampung dan
kesempurnaannya.
v.
aku sudah
belajar
jadi kurang
ajar,
memeluk
kenyataan dengan logika baru
berdebat dengan
hujah
pejal dan
nyaring, tapi juga
menghulur
santun, menghargai,
manusia dan
kehidupan.
vi.
aku bukan
manusia baru
tidak terlalu
berlainan
daripadamu,
hanya penghuni
dan kota
menuntut bahawa
aku tidak
bermenung di
depan keasingan,
rusuh diserang
kepayahan,
atau gerun
kepada kemungkinan.
aku adalah kau
yang dibebaskan pagar
kampong,
tanah dan
istiadat,
merdeka, kerana
aku telah menemui diri.
alia ayunie binti che yob (a168122)
No comments:
Post a Comment