Sunday, 9 June 2019

Muhammad Haji Salleh


Image result for Muhammad haji salleh
Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997. Pada 2008, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negarta.
Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia bermula tahun 1978 hingga 1982 dan banyak menterjemah puisi berbahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Beliau juga menjadi sidang editor jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara.
Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942 di TaipingPerak. Kini beliau menetap di Taman Sekamat, 43000 KajangSelangor. Kerjayanya bermula sebagai seorang guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960 dan kemudiannya meneruskan perkhidmatan perguruannya di beberapa buah sekolah hinggalah menjadi tutorpensyarah, pensyarah kanan dan seterusnya menjawat beberapa jawatan akademik di universiti tempatan dan antarabangsa. Beliau juga pernah mencatat sejarah sebagai profesor termuda yang pernah dilantik ke jawatan itu pada tahun 1979 ketika berusia 37 tahun.
Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu universiti tempat aku menuntut ilmu sekarang ini dan Universiti Sains Malaysia. Selama 42 tahun, beliau pernah bertugas di USM,UKM dan UM. Beliau pernah dijemput mengajar di Amerika SyarikatBruneiJerman dan Belanda sebagai profesor pelawat dan menerima ‘fellowship’ dari beberapa buah universiti di Amerika SyarikatJepun serta Belanda.

alia ayunie binti che yob (a168122)

No comments:

Post a Comment