Ayat
majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal. Percantuman
ayat-ayat tunggal itu dilakukan dengan cara tertentu dengan menggunakan kata
hubung, kata fakta ‘bahawa’, kata relatif ‘yang’, tanda koma dan tambahan
keterangan.
Ayat
tunggal berbeza daripada ayat majmuk kerana ayat tunggal terdiri daripada satu
klausa yang mengandungi satu subjek dan satu predikat, manakala ayat majmuk
pula mengandungi lebih daripada satu klausa. Ini bermakna ayat
majmuk mempunyak lebih daripada satu subjek dan/atau predikat dan sering
diiringi keterangan.
Ayat-ayat
majmuk boleh dikumpulkan kepada beberapa jenis berdasarkan cara
pembentukannya.
i)
Ayat
Majmuk Gabungan
Ayat
majmuk ini terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang digabungkan dengan
kata hubung atau hentian nada suara sebagai penanda. Ayat-ayat
tunggalnya boleh berdiri dengan sendirinya dan daripada jenis yang sama.
a) Jika
fakta-faktanya seragam, kata hubung seperti dan, lalu, serta dan sambil
digunakan.
digunakan.
- Contohnya: Ia menjerit lalu menangis.
bb) Jika fakta-faktanya
bertentangan, kata hubung seperti tetapi, sebaliknya dan
padahal, hendaklah digunakan.
- Contohnya: Pegawai itu sombong tetapi pemurah.
c)Ayat-ayat
yang membentuk ayat gabungan hendaklah daripada jenis yang sama, misalnya ayat
penyata disambungkan dengan ayat penyata, ayat tanya dicantumkan dengan
ayat tanya.
- Contohnya: Dia sudah mandi dan berpakaian. / Sudahkah awak berjumpa dengan ibu dan meminta nasihatnya?
d) Kata
hubung yang berulang-ulang hendaklah digugurkan kecuali yang terakhir.
- Contohnya:
Izah, Mariam, Adi dan Kalsom berjalan ke
pejabat pada setiap hari.
e) Kata
hubung, kadang-kadang, boleh digugurkan tanpa menyebabkan perubahan makna ayat. Dalam
hal ini, tanda koma boleh digunakan jika dalam bahasa tulisan, manakala dalam
bahasa lisan pula, ‘hentian suara yang sebentar’ dilakukan sebagai
penentu.
- Contohnya: Dia
berdiri tegak, bercekak pinggang, merenung lawannya.
ii)
Ayat
Majmuk Pancangan
Ayat ini terbina daripada ayat-ayat yang
tidak sama tarafnya, iaitu satu ayat utama atau ayat induk dan satu ayat
kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk.
Ayat pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
Ayat pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
a) Ayat Relatif:
Menggunakan kata relatif ‘yang’ yang
memancangkan ayat kecilnya dan menggantikan bahagian frasa yang
berulang.
Contohnya:
- Budak yang menangis itu sudah diberi makan.
Jenis ini terdiri daripada ayat induk dan
klausa komplemen (KK). Kata hubung komplemen seperti bahasa, untuk, dan demi digunakan
untuk memancangkan ayat komplemen.
Contohnya: -Dia sudah mengetahui bahawa
anaknya mendapat tempat di UIA. (KK sebagai objek)
Ayat ini mengandungi ayat induk dan ayat
kecil yang bertugas sebagai keterangan predikat. Contoh kata
hubung yang digunakan ialah ketika, kerana, semasa, dengan, dan sungguhpun.
Contoh:
Contoh:
- Dia lambat tiba kerana keretanya rosak. (Keterangan sebab)
- Jika dia pergi, saya akan tinggal di rumah sahaja. (Keterangan syarat)
- Walaupun hujan lebat, ia tetap hendak ke sekolah. (Keterangan pertentangan)
- Kakak berdoa semoga suaminya selamat. (Keterangan harapan)
iii)
Ayat
Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran mengandungi lebih
daripada satu jenis ayat. Ayat ini biasanya panjang dan proses
penggabungannya lebih kompleks daripada yang dinyatakan di
atas. Pemilihan kata hubung, penggunaan kata relatif ‘yang’ dan
kata komplemen ‘bahawa’ dan penyusunan ayat-ayat perlu diberi
perhatian. Tanda koma juga kerap digunakan dalam ayat ini.
Contoh:
- Kalau ingin mendapat kelulusan yang baik dalam peperiksaan, kita hendaklah selalu membaca dan mengulang kaji pelajaran kita dari awal tahun lagi.
iv)
Ayat
Majmuk Pasif
Ayat jenis ini boleh dibina jika wujud bentuk
aktifnya yang mengandungi kata kerja transitif. Pastikanlah supaya
hanya bentuk pasif yang betul yang digunakan.
Contoh:
- · Kami ditegur oleh pensyarah itu kerana bergurau keterlaluan dalam bilik kuliah.
- · Kajian yang rumit itu dijalankan di makmal UTM, Skudai.
written by: Nur Aina Nabila Binti Zainudin (A171803)