- Teori Penting = Teori Fungsi Ayat.
- Terdapat dua fungs iaitu bentuk dan fungsi.
- Contoh:Ayat Boleh
ambilkan saya secawan teh ?
i.
Bentuk: Ayat Tanya/pertanyaan
ii.
Fungsi: Suruhan
- Contoh: Siapa
kata saya penakut ?
i.
Bentuk: Tanya
ii.
Fungsi: Cabaran
- Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat. Dari sudut
makna, ayat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat maklumat (informatif),
ayat perasaan (emotif) dan ayat arahan (imperatif ).
- Menterjemahkan ayat maklumat adalah yang
paling mudah dan penterjemahan ayat ini bertujuan untuk memberitahu
sesuatu.
- Ayat maklumat terdiri
daripada:
i.
Ayat perisytiharan, termasuk makluman, pengumuman, pemberitahuan.
ii.
Ayat pernyataan.
iii.
Ayat nafian termasuk bangkangan, bantahan, dan tentangan.
iv.
Ayat sangsian termasuk keraguan dan prasangka.
v.
Ayat tanyaan termasuk soalan.
vi.
Ayat nilaian termasuk pendapat dan cita rasa.
vii.
Ayat sudut pandangan.
viii.
Ayat syarataan.
ix.
Ayat cerita termasuk pemerian.
x.
Ayat janji termasuk ikrar dan sumpah.
§ Ayat Arahan:
Ayat ini terdapat
dalam pelbagai jenis dokumen antaranya adalah seperti ayat di dalam dokumen
undang-undang, teks sains, label pada kotak ubat, manual barangan pengguna
hinggalah ke buku resipi dan sebagainya.
- Ayat
arahan terdiri daripada:
i.
Ayat perintah
ii.
Ayat suruhan
iii.
Ayat larangan termasuk tegahan.
iv.
Ayat panduan.
v.
Ayat amaran termasuk ancaman.
vi.
Ayat undangan.
vii.
Ayat silaan.
viii.
Ayat ajakan.
ix.
Ayat gesaan.
x.
Ayat tawaran.
xi.
Ayat peraturan.
§ Ayat
Perasaan:
Ayat wajib disalin
semula di dalam terjemahan. Merupakan sejenis ayat yang sukar untuk diterjemahkan
kerana setiap bahasa yang digunakan mempunyai pelbagai perkataan emotif tersendiri.
Ayat perasaan menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseorang dan tidak
mengandungi maklumat dan tidak bermaksud menghendaki orang lain melakukan
sesuatu. Ciri utama perasaan ialah nada atau intonasi suara yang mengiringi
pengucapan ayat-ayat itu.
- Ayat
perasaan terdiri daripada:
i.
Ayat marah.
ii.
Ayat gembira.
iii.
Ayat sanjungan.
iv.
Ayat ejekan.
v.
Ayat dukaan.
vi.
Ayat sindiran.
vii.
Ayat cacian.
viii.
Ayat kutukan.
ix.
Ayat cabaran.
x.
Ayat kejutan.
xi.
Ayat sesalan.
xii.
Ayat sumpahan.
xiii.
Ayat bujukan.
written by: Nur Aina Nabila Binti Zainudin (A171803)
No comments:
Post a Comment