Tuesday, 23 April 2019

PERIBAHASA


Image result for proverb

´  Di dalam bahasa Melayu peribahasa terbahagi kepada empat jenis iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah (Ab. Rahman Ab. Rashid et. al 2000: 69). Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas dan terang. Pada kebiasaannya peribahasa didahului oleh kata pembanding seperti bagai, laksana, umpama, bak, ibarat, macam, seperti, seolah-olah, dan seakan-akan.
Contoh:
·       Bagai: Bagai ubur-ubur airnya hitam
·       Laksana: Laksana golok kayu (ditetak tak makan, dijual tak laku).
·       Umpama: Umpama enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
·       Bak: Bak birah dengan keladi
·       Ibarat: Ibarat mencangkul angin 
·       Macam: Macam kapal tiga tiang
·       Seperti: Seperti ikan dalam belanga
Di dalam bahasa Arab, peribahasa terbahagi kepada 3 bahagian iaitu;
1. Al-Mathal al-mujaz (peribahasa ringkas)
Contoh:
 السرّ أمانة

2. Al-Mathal al-qiyasiy iaitu cerita atau kesah yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara, atau untuk menjadi bukti kepada sesuatu perkara, dibuat melalui perbandingan atau perumpamaan yang biasanya didasarkan kepada perbandingan dan qiyas.
Contoh:
إن من البيان لسحرا   

3. Al-Mathal al-khurafiy iaitu mathal atau peribahasa yang dibina oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang, atau ia dibina berdasarkan cerita-cerita khurafat yang tersebar luas di sekeliling mereka.

written by: Nur Aina Nabila Binti Zainudin (A171803)

No comments:

Post a Comment