´ Frasa adalah unit
yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua
perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua
perkataan atau lebih (Nik Safiah Karim et al 1996: 416). Di dalam bahasa Arab frasa
dikenali sebagai al-`ibarah, ataupun al-tarkib.
Jenis-jenis frasa:
· Frasa Idiomatik /
al-tarkib al-istilahi
-
Frasa ini dipanggil al-`ibarah al-istilahiyyah dalam bahasa Arab. Frasa ini
juga terbina daripada paduan dua perkataan atau lebih dan mangandungi makna
khusus yang tidak mungkin boleh disimpulkan daripada makna perkataan-perkataan
yang membentuknya dan kerana itulah dikatakan bahawa frasa-frasa ini tidak
telus (Yu'il Yusuf ،Aziz et. al 1981: 43).
- Dari segi binaan,
frasa idiomatik Arab terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
1) Frasa kata kerja,
seperti أَطلق ساقَيْهِ
لِلرِّيح dengan maknaجَرَى وهَرَبَ (lari / melarikan diri).
2) Frasa nama,
seperti خَفِيف الظِّلّ dengan makna ظَرِيف مَرِح (riang / ceria).
3) Frasa sendi,
seperti بِرُمَّتِه dengan makna كُلِّه وجَميعه (semua sekali) (Mahmud Isma،il Sini et. al 1996: ط)
· Tarkib Idafi
- Boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagaimana susunan kata bahasa Arabnya, tanpa
penambahan atau perubahan apapun.
· Tarkib wasfi
- Boleh ditambah
perkataan yang atau digugurkan sahaja. Sekiranya dalam tarkib wasfi itu,
terdapat lebih daripada satu sifat, maka perkataan dan atau lagi
boleh ditambah. Kata dan atau lagi tidak perlu ditambah, kalau
kata benda dan kata sifat yang pertama didapati tidak mempunyai hubungan
sebagai benda (yang disifati) dan hal yang mensifati.
· Taukid
-
Kata yang digunakan untuk menghilangkan keraguan orang yang diajak
berbicara, atau untuk menguatkan maksud. Ada 5 kata yang sering digunakan,
iaitu نفس , عين ,كل , جميع dan عامة. Kata نفس
وعينditerjemahkan kepada sendiri,
كل diterjemahkan kepada masing-masing, جميع
وعامة diterjemahkan kepada keseluruhannya/kesemuanya
· Badal wa Mubdal
minhu
- Contoh dalam
bahasa Melayu: Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman
merupakan perdana menteri contoh yang digelar bapa kemerdekaan. Tunku Abdul
Rahman adalah badal.
· `Ataf wa Ma`tuf
Alayh
- Frasa ini dapat
difahami sebagai golongan dua kata (atau lebih) secara sejajar, dihubungkan dengan
kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya.
Tidak ada masalah besar apabila menterjemahkan tarkib ini. Sekiranya
kata hubung yang digunakan lebih daripada satu, maka dalam terjemahan, kata
hubung yang terakhir sahaja perlu diterjemahkan. Kata hubung yang sebelumnya
boleh dipadankan dengan koma sahaja.
written by: Nur Aina Nabila Binti Zainudin (A171803)
No comments:
Post a Comment