Sejarah penterjemahan buku di
Malaysia lebih tertumpu kepada terbitan buku-buku agama (tauhid,
usuludin, fekah dan tasauf). Anak watan Tanah Melayu yang menjalankan
kerja penterjemahan muncul pada awal tahun 1930-an, iaitu Sheikh Idris al-Marbawi. Kemunculan terbitan 'Al-Islam' dan 'Seruan Al-Azhar'
merupakan ruang karya terjemahan Arab-Melayu yang merangkumi
pengetahuan am dan novel. Antara karya yang terkenal ialah "Asyik dan
MaÊsyuk" oleh Sheikh al-Hadi dan cerita-cerita Rokambul yang disiarkan
dalam akhbar "Saudara" pada awal 1930-an.
Bagaimanakah suasana penterjemahan pada peringkat awal?
Dalam sejarah penterjemahan bahasa Melayu, banyak
cerita dari India dan Semenanjung Arab telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Melayu. Contohnya Hikayat Seri Rama, Hikayat Sang Boma dan
Hikayat Si Miskin dari India, manakala Hikayat Iskandar Zulkarnain,
Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Bayan Budiman dari Arab. Beliau
menggunakan istilah saduran termasuklah juga kitab agama yang
dihasilkan oleh Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Raniri, Sheikh Abdul
Samad al-Pelembangi dan Sheikh Muhamad Arshd a-Banjari. Antaranya
ialah Hidayatul Salikin, Bulughul Muram, dan Minhajul Abidin.
Kegiatan penterjemahan bermula dengan rasminya selepas penubuhan
Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim, Perak. Pada tahun 1924 , O.T. Dusseck telah
memohon kebenaran untuk menubuhkan Badan Menterjemah yang kemudiannya ditukar nama menjadi Pejabat Karang Mengarang (PKM).
PKM
melaksanakan tugas awalnya, iaitu menulis, menterjemah dan menyunting
buku pelajaran dan novel serta menyelenggarakan percetakan karya
terjemahan. PKM telah menjalankan pelbagai aktiviti. Antaranya ialah melatih penterjemah dan menggalakkan kegiatan-kegiatan
lain yang berkait dengan penterjemahan seperti penganjuran kursus
penyuntingan, seminar dan persidangan peringkat kebangsaan serta
antarabangsa. Badan ini juga menterjemahkan perkara yang diperlukan
oleh kerajaan. Kebanyakan penterjemah baharu ini berkelulusan Senior
Cambridge dan berminat dalam bidang penterjemahan. Kegiatan penterjemahan amat diperlukan kerana penerbitan buku-buku
teks untuk tujuan pengajaran bagi pelajar maktab tersebut.
Antara kejayaan
penerbitan PKM yang terkenal ialah The Malay School Series dan The
Home Library Series.
Sehingga tahun 1936, PKM telah menghasilkan 32 buku teks terbahagi kepada
lima kelompok, iaitu buku teks sekolah, buku teks sejarah, buku teks matematik,
geometri dan congak, buku teks ilmu alam, dan buku teks kesihatan dan latihan
tubuh. Usaha yang signifikan ialah penerbitan cerita 1001 Malam daripada
naskhah Inggeris yang diusahakan oleh Allayarham DatoÊ Onn Jaafar semasa
beliau memimpin Lembaga Melayu pada awal 1930-an.
Di sinilah juga lahir seorang tokoh ulung dan
pejuang bahasa Melayu, iaitu Zainal Abidin
Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za'ba.
Nurul Izzah Binti Zainol (A168059)
No comments:
Post a Comment