Monday, 25 February 2019

PENGENALAN




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Penterjemah atau pengalih bahasa adalah seseorang yang mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitkan teks tersebut dalam suatu bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan dilakukan adalah untuk menghasilkan suatu karya terjemahan baharu yang membawa kepada makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing yang diterjemah. Oleh sebab itu, tujuan penterjemahan ini dilakukan adalah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan memudahkan masyarakat dari pelbagai bangsa dan negara untuk memahami ilmu-ilmu didalam teks asing.


Jadi untuk menjadi seseorang penterjemah bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Hal ini kerana, seseorang penterjemah haruslah mematuhi beberapa peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sesuatu syarikat. Antara syarat-syarat bagi menjadi seseorang penterjemah, seseorang itu haruslah memahami serta menguasai bahasa yang ingin diterjemahkan dengan baik bagi mengelakkan berlaku sebarang kesalahan dalam penggunaan kata-kata. Selain itu, mereka juga haruslah mengetahui segala istilah-istilah serta tatabahasa yang digunakan. Hal ini adalah bagi mengelakkan penyalah tafsiran ayat dari satu bahasa ke bahasa yang lain. Oleh sebab itu, bagi menjadi seseorang penterjemah, seseorang itu haruslah menguasai bidang bahasa dengan baik supaya tidak timbul sebarang salah faham serta penyelewengan ketika dalam proses penterjemahan.


Written by : Nur Aina Nabila Binti Zainudin (A171803)





No comments:

Post a Comment