Seiring dengan perkembangan teknologi dan maklumat, Google Translate menjadi satu medan untuk generasi kini menterjemah kerana ia mampu menterjemah lebih dari 50 bahasa di dunia. Namun, hasil terjemahan Google Translate ini masih mepunyai banyak kelemahan dan tidak mampu menghasilkan sebuah terjemahan yang tepat. Jika anda seseorang yang menguasai bahasa asing atau mengetahui sedikit tentang bahasa asing, anda pasti dapat mengesan kekurang yang hasil terjemahan dari Google Translate ini. Kita harus meneliti hasil terjemahan kerana terutamanya dari segi perbendaharaan kata, kerana padanya terdapat banyak pihak yang meragui mutu hasil terjemahan teknologi ini. Maka, boleh dikatakan bahawa Google Translate hanya sesuai untuk menterjemahkan perkataan dan bukannya menterjemah ayat. Terjemahan yang baik ialah terjemahan yang mengambil kira maksud keseluruhan ayat bukannya terjemahan perkataan demi perkataan. Jadi, sebagai pelajar berhati-hatilah ketika menggunakan Google Translate sebagai medan menterjemah.
by: Nurul Izzah Binti Zainol (A168059)
No comments:
Post a Comment