Sunday, 9 June 2019

A Samad Said


Penulisan A Samad Said yang aku terbaca di ruangan twitter mampu menyentap tangkai hatiku kerana susunan ayat dan penyampaiannya yang bersahaja itu kena dengan situasi remaja masa kini. Ayatnya yang memerlukan kemampuan terjemahan yang agak tinggi dan tidak boleh diterima pakai secara bulat-bulat supaya tidak berlaku salah faham. Nama sebenar beliau Abdul Samad bin Muhammad Said dilahirkan pada 9 April 1935 dan masih hidup hingga kini.

Image result for a samad said


Beliau juga pernah dianugerahkan dengan Anugerah Penulis Asia Tenggara 1979.Kini beliau menetap di BangsarKuala Lumpur. Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian TunggalMelaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Victoria Institution, Singapura (1956). Sebagai pembaca, beliau mengenali AsrafUsman AwangHan SuyinAjip RosidiRendraPramoedya Ananta ToerAchdiat KartamiharjaHamzah Fansuri dan Wijaya Mala. Beliau juga gemar membaca novel-novel Barat seperti Oliver TwistWuthering Heightdan Almayer’s Folly.
Beliau mula terkenal serata rakyat Malaysia bermula dengan penulisan cerpen dan puisi pendek. Puisinya yang pertama diberinya judul “Untuk Angkatan 50” yang tersiar dalam Utusan Zaman (1950). Samad menjadi ahli ASAS 50, badan penulis yang bergerak dengan slogan, “Seni untuk Masyarakat “.Beliau berjaya menghubungkan sasterawan-sasterawan 50-an yang mementingkan tema dan mesej dengan sasterawan yang lebih cenderung menekankan nilai dalam kesusasteraan.Beliau membesar di Singapura. Oleh itu, dia tidak pernah secara aktif terlibat dalam perjuangan politik atau ideologi yang menentang penjajah.

alia ayunie binti che yob (a168122)

No comments:

Post a Comment