Ahmad
atau Za'ba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan
Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Beliau dihantar ke Maktab
Perguruan Sultan Idris pada tahun 1924. Beliau diakui sebagai salah seorang
ahli bahasa yang memainkan peranan besar dalam bidang penterjemahan bahasa
Melayu ketika beliau bertugas di Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan
Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Za'ba
telah menyentuh tentang kepentingan bidang terjemahan dalam memajukan bahasa
Melayu dan mengingatkan bakal penterjemah tentang kepentingan menjaga bentuk
dan jalan bahasa awal yang diterjemah. Anak Raja dengan Anak Papa merupakan
buku umum yang pertama dalam bahasa Melayu yang telah diterjemahkan oleh Za'ba
daripada buku bahasa Inggeris The Prince and The Pauper pada tahun 1958.
Kebanyakannya ialah karya prosa drama Shakespeare oleh Za'ba, dan juga kisah
pengembaraan seperti Lions of Uganda, Treasure Island, dan Robin Hood. Karya
Sherlock Holmes juga turut diterjemahkan.
*Nurul Izzah Binti Zainol (A168059)
No comments:
Post a Comment