Tahukah anda bahawa istilah ini merupakan kata pinjaman? Kata ini berasal
daripada perkataan al-tarjamah daripada bahasa proto-semitik (al-Arab) yang
bermaksud mentafsirkan perkataan lisan atau tulisan dengan menggunakan
perkataan dalam bahasa lain. Perkataan 'tarjamah' itu sendiri mempunyai dua
pengertian, iaitu pertama, menterjemahkan teks atau buku daripada satu bahasa
kepada bahasa yang lain, manakala yang kedua bermaksud autobiografi.
* Bagi 'tarjamah' yang pertama, makna ini mempunyai hubungan rapat
dengan pentafsiran dan penghuraian yang boleh ditemui dalam buku-buku
sejarah, falsafah dan sains yang diterjemahkan oleh penterjemah bahasa
Arab daripada bahasa lain. Kadangkala terjemahan yang dilakukan tidaklah
begitu tepat. Malahan terjemahan itu bersifat satu ulasan pandangan penulis
asal atau lebih tepat lagi merupakan hasil terjemahan bebas.
* 'Tarjamah' dari segi autobiografi pula merupakan pengertian bagi konsep
baharu. Menurut Harun Al-Rasyid Yusuf (1991), kemungkinan perkataan 'tarjamah' datang ke dunia Arab dari zaman pra-Islam dalam kelompok
bahasa Akadia. Istilah ini sering digunakan dalam tulisan Arab tradisional
dan Arab moden.
NURUL IZZAH BINTI ZAINOL (A168059)
No comments:
Post a Comment