Apakah yang dimaksudkan dengan penterjemahan?
Penterjemahan merupakan proses memindahkan sesuatu daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Tujuan utama penterjemahan adalah untuk menghubungkan anggota dalam masyarakat dwibahasa atau multibahasa.
* Kamus Dewan (1986:1247) mendefinisikan terjemahan sebagai "...pindahan dari suatu bahasa ke suatu bahasa yang lain, alihan bahasa, salinan ...". Penterjemahan merupakan perbuatan memindahkan sesuatu isi atau teks ke dalam bahasa lain atau menukarkan bahasa teks tersebut.
* Menurut Ramli Salleh (1986), konsep penterjemahan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu konsep lama dan konsep baharu. Konsep lama penterjemahan mengkehendaki penterjemah memberikan perhatian kepada bentuk apabila penterjemah mengekalkan unsur-unsur stilistik seperti rima rentak, permainan kata, struktur tatabahasa yang luar biasa, dan lain-lain supaya menyerupai teks asli. Konsep baharu pula mementingkan respons pembaca terjemahan, iaitu reaksi yang sama dengan reaksi pembaca teks asal. Prinsip-prinsip penterjemahan telah bertambah bebas dengan pengertian bahawa pemahaman dan emosi daripada pembaca itu diutamakan.
NURUL IZZAH BINTI ZAINOL (A168059)
No comments:
Post a Comment