Kajian tentang sejarah penterjemahan di Malaysia kurang mendapat perhatian kerana kurangnya minat masyarakat terhadap bidang ini. Pada awalnya, Bahasa Arab masuk ke Alam Melayu melalui pedagang Arab yang singgah di Alam Melayu sebelum meneruskan pelayaran ke Cina. Semasa berada di Tanah Melayu, mereka berkomunikasi dengan masyarakat tempatan menggunakan Bahasa Arab dan beransur-ansur mempelajari bahasa masyarakat tempatan. Maka, berlaku penterjemahan di Alam Melayu.
Pada mulanya, di Semenanjung Malaysia al-Quran diterjemahkan secara harfiah. Idea penterjemahan secara harfiah ini telah diperkenalkan oleh Muhammad Maadah bin Layang yang dilahirkan di Kampung Tengkek, Hulu Jempul, Negeri Sembilan. Pada masa itu, jumlah pelajarnya hanya 280 orang sahaja dan kebanyakkannya bersal dari Negeri Sembilan sendiri dan negeri-negeri timur Semenanjung Malaysia seperti Johor, Pahang, Selangor dan Melaka. Manakala, di Pulau Pinang amalan menterjemah al-Quran diajar oleh Che Mat bin Yusuf di Maahad al-Muhammadiah. Maahad ini diasaskan pada 5 Januari 1997 di Paya Kongsi, Balik Pulau. Pelajaran ini juga diajar oleh Hashim bin Man di Batu 5 Jalan Kuala Perlis, Perlis. Ia mula diperkenalkan semenjak tahun 1986 hingga kini.
Pendekatan menterjemah al-Quran secara harfiah ini diusahakan oleh Abdul Aziz bin Yunus secara sukarela di rumahnya sendiri. Manakala, Hashim Abdul Ghani pula mengusahakannya secara komersial dengan membuka pusat pengajian menterjemah al-Quran secara harfiah melalui Institut Kursus Terjemahan Al-Furqan, di pekan Kuala Pilah sejak 1937H/1953M hingga sekarang. Jumlah pelajar yang didaftarkan di institusi ini sama ada yang tamat mahupun separuh jalan adalah seramai 1319 orang. Sebenarnya, pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua tokoh ini adalah sama, tetapi kaedah yang digunakan adalah berbeza kerana Hashim Abdul Ghani telah membuat banyak pembaharuan dalam cara penyampaian dan kaedah tatabahasa.
* Nurul Izzah Binti Zainol (A168059)
salam tuan Admin...saya amat berminat untuk mengetahui sumber rujukan berkenaan fakta2 berkaitan PENTERJEMAHAN AL-QURAN DI MALAYSIA. yang ditulis dalam blog tuan ini. jika tuan sudi berkongsi maklumat saya amat menghargainya. TQ
ReplyDeleteBaru perasan artikel itu ditulis oleh Nurul Izzah bt zainol. TQ
ReplyDeleteIni email saya: mustaffa@um.edu.my