Sunday, 9 June 2019

Keris Mas


Sebelum saya menjejakkan kami di bumi Universiti Kebangsaan Malaysia nama Keris Mas sangat asing kepada deria pendengaran saya. Pada peringkat awal Keris Mas cuma saya kenal sebagai nama kolej tempat saya menginap di UKM iaitu Kolej Keris Mas.

Image result for keris mas pdf

 Nama sebenar Keris Mas adalah Kamaludin Muhammad. Beliau telah dilahirkan di Kampung Ketari Bentong Pahang pada 10 Jun 1922. Beliau merupakan salah seorang tokoh sasterawan yang berpengaruh dalam negara Malaysia. Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan bagi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Pengarang Penerbitan Utusan Melayu di Singapura. Beliau banyak berjasa dan memberi sumbangan dalam memajukan majalah Mastika dan akhbar Utusan Zaman. Selepas itu beliau berkhidmat dengan Warta Negara sehingga tahun 1956. Beliau adalah salah seorang tokoh ASAS 50 yang cukup aktif dan terkenal dan pernah berkhidmat sebagai Pengarang Umum di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956. Sebelum bersara pada 10 Jun 1977 beliau memegang jawatan Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Selepas bersara, beliau menjadi Penulis Tamu di Universiti Malaya dan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Sumbangan utama beliau ialah dalam lapangan cerpen. Karya pertama beliau berjudul Wasiat Orang Bangsawan, tersiar dalam Suluh Malaya, 1 Jun 1946. Sehingga akhir tahun 1960, sebanyak 60 buah cerpen telah dihasilkan.


alia ayunie binti che yob (a168122)

No comments:

Post a Comment