Sejarah
penterjemahan di Tanah Melayu boleh dikatakan bermula ketika zaman kegemilangan
Melaka. Sejarah penterjemahan dikatakan bermula di Melaka kerana ketika itu
kedatangan kuasa asing ke Alam Melayu. Bagi memenuhi keperluan kuasa asing ini
di Tanah Melayu, maka penterjemahan dilakukan.
Kedatangan kuasa asing ini bukan sahaja membawa pengaruh bahasa, namun turut membawa agama mereka. Oleh yang demikian, pada zaman kemasukan agama Hindu, Buddha dan Islam, mereka mereka telah menterjemahkan kitab-kitab Mahabratha dan Ramayana serta Al-Quran ke dalam bahasa Melayu walaupun hanya secara lisan.
Dalam masa yang sama, pada awal abad ke-20 telah berlakunya pertembungan bahasa dan budaya. Pertembungan bahasa ini telah menyebabkan timbulnya masalah dalam berkomunikasi. Keadaan ini telah menyebabkan pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu mula menggunakan buku terbitan berbentuk terjemahan sebagai panduan bagi mereka menguasai bahasa Melayu demi kepentingan pentadbiran.
Kesimpulannya, kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu telah memberi kesan dalam perkembangan bahasa akibat pertembungan bahasa penjajah dan bahasa penduduk pribumi. Namun, tanpa kedatangan penjajah, kita kemungkina tidak menerima bahasa lain malah hanya menguasai bahasa pribumi sahaja. Sejarah perkembangan penterjemahan di Tanah Melayu berlaku secara berperingkat di Tanah Melayu ketika sebelum merdeka dan selepas kemerdekaan.
*NURUL IZZAH BINTI ZAINOL (A168059)

No comments:
Post a Comment