Tuesday, 11 June 2019

Persatuan Penterjemah Malaysia


Image result for abdullah hassan \ \
Professor Emeritus Dr. Abdullah Hassan

Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) atau dalam bahasa lainnya Malaysian Translators Association ialah sebuah badan profesional sukarela yang ditubuhkan di bawah naungan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). PPM ialah ahli pemerhati pertubuhan Persekutuan Penterjemah Dunia atau International Federation of Translators (FIT) sejak tahun 2008.
PPM didaftarkan pada 4 Oktober 1979 dan telah mengaktifkan kegiatan yang berkaitan dengan penterjemahan secara kolektif di kalangan penterjemah/jurubahasa dan editor profesional di Malaysia. Sehingga kini, PPM mempunyai seramai lebih daripada 1,200 orang penterjemah atau jurubahasa dan editor profesional dari pelbagai bidang. Persatuan profesional ini diketuai oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan.
Antara tujuan asas persatuan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur ini termasuklah mempererat dan memperkukuh kerjasama di antara para penterjemah demi memperbaik dan meningkatkan mutu terjemahan mereka serta memberi sumbangan positif terhadap usaha untuk memperbanyak bahan bacaan dalam Bahasa Melayu yang meliputi semua bidang ilmu.
Pengasas atau Presiden Persatuan Peterjemah Malaysia yang pertama ialah Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh, iaitu pada tahun 1979. Sebelum itu Pesatuan ini dikenali sebagai Kumpulan Penterjemah Malaysia.

alia ayunie binti che yob (a168122)

No comments:

Post a Comment