Wednesday, 17 April 2019

ALAT BANTU TERJEMAH


Image result for buku

Di antara alat bantu terjemah yang popular dan sering digunakan oleh para penterjemah adalah kamus. Di samping itu, kamus juga terbahagi kepada beberapa jenis dan saiz.
Jenis-jenis kamus:
     1) Kamus Ekabahasa

Kamus ini menggunakan satu bahasa dan penyusunannya dibuat berasaskan pembuktian data korpus seperti takrifan makna yang dibuat berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat.
 Contoh: Kamus Dewan, dan Qamus al-wasit.

2)  Kamus Dwibahasa
Kamus ini menggunakan dua bahasa atau lebih difahami dengan ‘dwi’ bahasa.
Contoh: Kamus Besar Arab-Melayu Dewan

3) Kamus Aneka Bahasa atau Multi-Bahasa
Kamus ini seharusnya memiliki sekurang-kurangnya tiga bahasa.
Contoh: Kamus Melayu-Cina-Inggeris (2004)

Saiz-saiz kamus:
     Kamus Mini : Kamus ini dikenali juga dengan nama kamus saku, dan tebalnya lebih kurang daripada 2 sm. Kamus ini amat sukar ditemui pada zaman sekarang.
       Kamus Kecil : Kamus ini bersaiz kecil dan mudah untuk dibawa.
Contoh: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu, Melayu-Inggeris).
      Kamus Besar : Kamus ini biasanya memuatkan segala leksikal yang terdapat dalam satu-satu bahasa dan sukar untuk dibawa kemana-mana kerana saiznya yang besar dan berat.
Contoh: Kamus Besar Arab-Melayu Dewan.

written by: Nur Aina Nabila Binti Zainudin (A171803)

No comments:

Post a Comment