Wednesday, 17 April 2019

JENIS TERJEMAHAN


Secara umumnya terjemahan sesuatu teks terbahagi kepada dua bahagian iaitu terjemahan tulisan dan terjemahan lisan.
Image result for tulis
Terjemahan tulisan merupakan terjemahan yang dilakukan secara bertulis dan penterjemah masih mempunyai peluang untuk memeriksa dan membaiki kesilapan terjemahan. Oleh sebab itu, penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran yang pasif tidak menjadi hambatan kepada penterjemahan yang baik selain kefasihan berbicara tidak menjadi syarat penting dalam menterjemah.
Related image

Terjemahan lisan merupakan terjemahan yang dilakukan secara lisan atau pertuturan. Terjemahan ini dilakukan secara langsung, cepat, dan tepat selain kefasihan bahasa dan penguasaan bahasa sumber serta bahasa sasaran merupakan syarat penting kepada penterjemah. Terjemahan ini tidak boleh berhenti bagi memperbaiki kesilapan dan penterjemah haruslah berpengetahuan luas.


written by: Nur Aina Nabila Binti Zainudin (A171803)

No comments:

Post a Comment