Kata hubung ialah kata yang berperanan atau berfungsi untuk
menggabungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat, atau frasa dengan frasa.
Dalam bahasa Melayu baku, kata hubung dapat dibahagikan kepada tiga bahagian
utama iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung
berpasangan.
1. Kata Hubung Gabungan:
Kata hubung gabungan ialah kata hubung
yang digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan
klausa dengan klausa.
Contoh: atau, bahkan, dan,
lalu, kecuali, manakala, melainkan, padahal, sambil, seraya,
serta, tetapi
2. Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan ialah kata
hubung yang digunakan untuk membentuk ayat pancangan.
Contoh: apabila, agar, jika, kalau,
kerana, meskipun, selama, sekiranya, semenjak, selagi,
sementara,sungguhpun,
supaya, walaupun, ketika
3. Kata Hubung Berpasangan
Kata hubung berpasangan ialah kata
hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.
Contoh:
baik…mahupun makin…makin
kian…kian bukan sahaja…tetapi juga
entah…entah sungguhpun…tetapi
sedangkan…inikan pula sama ada…atau
bukan sahaja…bahkan juga bagaimana…begitulah
sungguhpun…namun daripada…lebih baik
jangankan…pun semakin…semakin
written by: Nur Aina Nabila Binti Zainudin (A171803)
No comments:
Post a Comment