Wednesday, 17 April 2019

KATA GANTI NAMA


Image result for kata ganti nama
KATA GANTI NAMA DIRI
Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:
1) Kata ganti nama diri pertama 
2) Kata ganti nama diri kedua
3) Kata ganti nama diri ketiga

   1. Kata Ganti Nama Diri Pertama
Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua, iaitu:
i)               Bentuk tunggal
Contoh: aku, beta, daku, hamba, patik, saya
ii)             Bentuk jamak
Contoh: kami, kita

   2. Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata ganti nama diri kedua ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak berbual. Kata ganti nama diri kedua terbahagi kepada dua bentuk, iaitu:
i)               Bentuk tunggal
Contoh: anda, awak, dikau, engkau, tuanku, kamu
ii)             Bentuk jamak
Contoh: anda, kalian, kamu

3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang diperkatakan.
Contoh: baginda, beliau, dia, ia, dan mereka


written by: Nur Aina Nabila Binti Zainudin (A171803)

No comments:

Post a Comment