Wednesday, 17 April 2019

KELAYAKAN MENTERJEMAH

Tugas menterjemah bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Bagi menjadi seorang penterjemah mereka haruslah mempersiapkan diri dengan pelbagai syarat dan kebolehan sebelum berupaya menterjemah sesebuah teks dengan baik. Selain daripada mempunyai pengalaman dalam menterjemah, para penterjemah juga perlu memiliki kemahiran seperti berikut dan antaranya adalah;
1)    Mengetahui bahasa sumber secara mendalam dan faham segala selok-belok serta keistemewaan bahasa. Selain itu, penterjemah juga berkebolehan dalam membezakan makna serta mentafsirkan segala maksud penulis dengan tepat.
2)  Mengetahui bahasa sasaran. Bahasa sasaran merupakan bahasa penerima dan penguasaan penterjemah terhadap bahasa sasaran haruslah lebih baik atau sama baik dengan bahasa sumber. 
3)    Mengetahui topik atau subjek yang akan diterjemahkan. Hal ini adalah untuk memastikan serta menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan. Perkara ini adalah penting dalam bidang terjemah samada penterjemahan teks khusus atau teks sastera.
4)    Mengetahui teori terjemahan atau kaedah untuk memindahkan segala idea, maklumat serta gaya kepada bahasa sasaran.
5)    Mengetahui sasaran pembaca supaya teks yang diterjemah sesuai dan menepati laras bahasa pembaca bagi setiap peringkat umur.


written by: Nur Aina Nabila Binti Zainudin (A171803)

No comments:

Post a Comment