Tuesday, 16 April 2019

ETIKA DALAM MELAKUKAN TERJEMAHAN


Image result for tulis

Bagi menjadi seseorang penterjemah terdapat beberapa kod etika yang harus dipatuhi oleh para penterjemah terutamanya etika yang melibatkan bidang kuasa perundangan. Kod etika ini dikuatkuasakan oleh Penterjemah Undang-undang dan Jurubahasa Mahkamah dari Persekutuan Penterjemah Antarabangsa.
        Antara kod etika yang harus diutamakan oleh para penterjemah adalah mereka haruslah menyampaikan mesej yang diperkatakan secara tepat dan sempurna. Hal ini adalah bagi menjamin maklumat yang mereka sampaikan dapat difahami oleh para pembaca dengan mudah. Selain itu, penterjemah tidak boleh mengubah, menambah atau membuang sesuatu maklumat daripada tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. Seterusnya, dalam melakukan terjemahan teks undang-undang, para penterjemah haruslah menggunakan bahasa yang mudah dan tidak kompleks supaya teks undang-undang yan diterjemahkan tidak mengalami jurang komunikasi yang besar.
            Disamping itu, penterjemah perlulah menentukan bentuk alih bahasa dan istilah-istilah yang asal ke bahasa sasaran adalah tepat samada dari segi perkataan, frasa, struktur dan tatabahasa ayat. Seterusnya, penterjemah juga diingatkan supaya tidak memberikan sebarang komen atau pendapat kerana perkara tersebut boleh menyebabkab salah faham oleh pembaca. Akhir sekali, dalam  proses menterjemah kita hendaklah menghormati segala tatabahasa yang digunakan didalam teks. Perkara ini membawa maksud para penterjemah tidak harus mengubah bahasa-bahasa khas yang telah ditetapkan oleh penulis teks yang ingin diterjemahkan.


written by: Nur Aina Nabila Binti Zainudin (A171803)

No comments:

Post a Comment