Wednesday, 29 May 2019

INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 14 September 1993 untuk menyediakan prasarana bagi mewujudkan industri terjemahan di Malaysia, selaras dengan haluan negara menuju wawasan 2020. Modal asas ITBM dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) manakala pentadbirannya diselia oleh Kementrian Pendidikan Malaysia (KPM).
      ITBM ditubuhkan bagi mengangkat bidang terjemahan dalam negara, mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu pada semua peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. ITBM juga bertanggungjawab memperkasa dan memperbanyak penerbitan karya asli penulis tempatan bagi merancakkan industri perbukuan negara selaras dengan perluasan mandatnya yang diumumkan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak pada 16 Disember 2011.

BY: NURUL IZZAH BINTI ZAINOL (A168059)

No comments:

Post a Comment