Friday, 24 May 2019

PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA

Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) adalah sebuah badan sukarela yang ditubuhkan pada 8 April 1978 dan didaftarkan pada 4 Oktober 1979, atas kesedaran untuk mewujudkan kegiatan dan gerakan secara kolektif dalam hal-hal penterjemahan dan untuk menyatukan seluruh kegiatan penterjemahan di Malaysia. Semenjak penubuhannya, PPM telah mengadakan pelbagai kegiatan seperti bengkel, kursus seminar dan sebagainya.

Di antara sumbangan besar PPM dalam bidang penterjemahan di Malaysia ialah penganjuran Persidangan Penterjemahan Antarabangsa. Persidangan Dwi tahunan ini dianjurkan dengan kerjasama institusi-institusi lain seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Ianya merupakan satu medan di kalangan para penterjemah, jurubahasa, penerbit, penulis, cendiakawan, pakar bidang dan pecinta bahasa untuk mengemukakan idea, gagasan dan sebagainya bagi memperbaiki dan mengembangkan lagi kegiatan penterjemahan di Malaysia.

YASMIN HUDA BINTI ISMAIL (A168125)

No comments:

Post a Comment