Thursday, 2 May 2019

JENIS TERJEMAHAN

Secara umumya, ada 2 jenis terjemahan iaitu, terjemahan tulisan dan juga lisan.

TERJEMAHAN TULISAN : dilakukan secara tulisan, kefasihan seseorang itu bercakap tak menjadi syarat yang mutlak dan penterjemah boleh mambaiki kesilapan yang dilakukan semasa menterjemah.

TERJEMAHAN LISAN: dilakukan secara lisan, secara langsung, tak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unusr-unsur bahasa atau ajaran yang salah dan penterjemah tersebut masih berkemampuan untuk bercakap fasih dan lancar.

Menurut Robert Lado terjemahan terbahagi kepada 2 iaitu, Faktual dan Sastera.

CIRI-CIRI TERJEMAHAN FAKTUAL:
  • memindahkan maklumat yang berbentuk fakta
  • ringkas, sederhana, wajar dan tak mengelirukan 
CIRI-CIRI TERJEMAHAN SASTERA:
  •  dilakukan untuk kepentingan kesenian dan kesusateraan
  • bentuk pengungkapannya sama seperrti teks asal
  • mampu merasai nuansa dan getar rasa yang terkandung dalam teks asal
  • lebih mementingkan keindahan bahasa dan ketajaman pemaknaan bahasa sumber 
Menurut Roman Jacobson terjemahan terbahagi kepada 3 iaitu, intralingual, interlingual dan intersemiotik.

Menurut J.C. Catford pembahagian terjemahan berdasarkan kepada:
  • keluasan bahan yang akan diterjemahkan.
  • unsur Linguistik
  • tataran linguistik
Menurut Peter Newmark terjemah terbahagi kepada 2 iaitu, komunikatif dan semantik.

Kaedah terjemahan pula terbahagi kepada 3 iaitu:
  • kata demi kata
  • harfiah
  • bebas
YASMIN HUDA BINTI ISMAIL ( A168125)

No comments:

Post a Comment