Saturday, 4 May 2019

MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA

Budaya berasal drpd bahasa Sanskrit iaitu 'buddhayah'. Ia juga disebut sebagai 'culture' yang berasal dari Latin iaitu 'Colere' yang membawa maksud 'mengerjakan' @ 'bertani'.

kebudayaan merupakan keseluruhan komples, yg dlmnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan kemampuan-kemampuan lain yang didapati pada seseorang sebagai anggota masyarakat.

FUNGSI KEBUDAYAAN:
  1. mensosialkan anggota masyarakat yang baru supaya menjadi org yg berfungsi dlm masyarakat.
  2. menjaga dan mengawal anggotanya dgn kawalan sosial, norma dan nilai masyarakat.
  3. meneruskan peraturan antara sesama anggotanya dan antara anggotanya dgn org luar.
  4. perangsang kpd anggotanya utk meneruskan masyarakatnya. 
BUDAYA DAN PENTERJEMAHAN-untuk menghasilkan teks yg bermutu tinggi dan memberikan kesan yg sehampir mungkin dgn pembaca teks asal.

  1. TERJEMAHAN BAHASA- penterjemah perlu menggunakan bahasa sebagaimana yg digunakan oleh penutur asal
  2. TERJEMAHAN BUDAYA - terjemahan bermutu tinggi adalah terjemahan yg dpt memberitahu pembaca sasaran bhw mereka sedang membaca berkenaan org, benda, perkara dan budaya asing. oleh itu, ia wajib dikekalkan.
pembahagian budaya
  • BUDAYA EKOLOGI- mengkaji makhluk hidup di habitatnya, ilmu yang mengkaji struktur alam.
  • BUDAYA SOSIAL- berkait dgn adat resam dan kepercayaan masyarakat.
  • BUDAYA IDEOLOGI - berkait dgn agama, kepercayaan, adat resam dan politik.
  • BUDAYA MATERIAL 
YASMIN HUDA BINTI ISMAIL (A168125)

No comments:

Post a Comment