Organisasi
Institut Terjemahan & Buku Malaysia sebelum ini dikenal sebagai
Institut Terjemahan Negara Malaysia yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada
14 September 1993 untuk menyediakan prasarana bagi mewujudkan industri
terjemahan di Malaysia, selaras dengan haluan negara menuju Wawasan 2020.
Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, modal asas ITBM
dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) manakala
pentadbirannya diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selaras
dengan Akta Syarikat 1965, objektif, bidang kuasa, ahli lembaga pengarah dan
urusan berkaitan fungsi ITBM tertakluk kepada Memorandum dan Tataurusan
Persatuan ITBM yang diluluskan oleh Pendaftar Syarikat.
Peranan
ITBM ditubuhkan bagi mengangkat bidang terjemahan dalam negara,
mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu
pada semua peringkat, kebangsaan mahupun antarabangsa. ITBM juga
bertanggungjawab memperkasa dan memperbanyak penerbitan karya asli penulis
tempatan bagi merancakkan industri perbukuan negara selaras dengan perluasan
mandatnya yang diumumkan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri
Malaysia pada 16 Disember 2011.
Objektif
v Memperkasa khidmat terjemahan dalam pelbagai bahasa;
v Memperbanyak terjemahan dan penerbitan bahan pengetahuan berkualiti
dalam bahasa Melayu;
v Memperbanyak usaha penterjemahan dan penerbitan karya penting
kebangsaan ke bahasa asing;
v Menyediakan platform kepada penulis tempatan bagi menghasilkan
karya asli dalam pelbagai genre;
v Memantapkan perkhidmatan kejurubahasaan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa;
v Memperluas promosi dan pemasaran khidmat serta produk ITBM di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
v Melahirkan modal insan yang cemerlang dan berkemahiran tinggi
melalui kursus dan latihan berkaitan terjemahan, penulisan dan penyuntingan;
v Memantapkan keupayaan kapasiti dan tadbir urus organisasi untuk
menyediakan khidmat dan produk ITBM;
v Menyokong dan mendukung dasar kerajaan dan pihak berkepentingan
dalam bidang terjemahan dan penerbitan buku;
v Meningkat dan mengoptimumkan penggunaan prasarana untuk menunjangi
kelestarian bidang terjemahan dan penerbitan buku.
v Memantapkan keupayaan penterjemah, editor serta jurubahasa sambilan
dan pengurusannya.
alia ayunie binti che yob (a168122)