- Penterjemah ialah seseorang yang menterjemah dokumen bertulis daripada satu bahasa ke dalam bahasa lain.
- Penterjemah juga membaca dan menulis bahan bahasa khusus atau bahasa umum di samping mematuhi peraturan bahasa , makna, struktur ayat, tatabahasa, tanda baca, dan sebagainya.
- Penterjemah kebiasaannya mengkhusus dalam bidang tertentu misalnya pemasaran, kewangan, teknologi dan sebagainya.
- Penterjemah kebiasaannya menterjemah bahan ke dalam bahasa ibundanya. *NURUL IZZAH BINTI ZAINOL (A168059)
Sunday, 9 June 2019
SIAPAKAN DIA PENTERJEMAH?
A Samad Said
Penulisan A Samad Said yang aku terbaca di ruangan
twitter mampu menyentap tangkai hatiku kerana susunan ayat dan penyampaiannya
yang bersahaja itu kena dengan situasi remaja masa kini. Ayatnya yang memerlukan
kemampuan terjemahan yang agak tinggi dan tidak boleh diterima pakai secara
bulat-bulat supaya tidak berlaku salah faham. Nama sebenar beliau Abdul Samad bin Muhammad Said dilahirkan
pada 9 April 1935 dan masih hidup hingga kini.
Beliau juga pernah dianugerahkan
dengan Anugerah Penulis Asia Tenggara 1979.Kini beliau menetap di Bangsar, Kuala Lumpur. Dilahirkan
di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad
mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946)
dan Victoria Institution, Singapura (1956). Sebagai pembaca, beliau mengenali Asraf, Usman Awang, Han Suyin, Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya Ananta Toer, Achdiat Kartamiharja, Hamzah Fansuri dan Wijaya Mala. Beliau juga gemar
membaca novel-novel Barat seperti Oliver Twist, Wuthering Heightdan Almayer’s Folly.
Beliau mula terkenal serata rakyat Malaysia
bermula dengan penulisan cerpen dan puisi pendek. Puisinya yang pertama
diberinya judul “Untuk Angkatan 50” yang tersiar dalam Utusan Zaman (1950).
Samad menjadi ahli ASAS 50, badan penulis
yang bergerak dengan slogan, “Seni untuk Masyarakat “.Beliau berjaya
menghubungkan sasterawan-sasterawan 50-an yang mementingkan tema dan mesej
dengan sasterawan yang lebih cenderung menekankan nilai dalam
kesusasteraan.Beliau membesar di Singapura. Oleh itu, dia tidak pernah secara
aktif terlibat dalam perjuangan politik atau ideologi yang menentang penjajah.
alia ayunie binti che yob (a168122)
PENDETA ZA'BA
Ahmad
atau Za'ba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan
Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Beliau dihantar ke Maktab
Perguruan Sultan Idris pada tahun 1924. Beliau diakui sebagai salah seorang
ahli bahasa yang memainkan peranan besar dalam bidang penterjemahan bahasa
Melayu ketika beliau bertugas di Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan
Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
*Nurul Izzah Binti Zainol (A168059)
Kurang Ajar
Puisi hasil
penulisan Tongkat Warrant yang menjadi kegilaan pemuda pemudi ialah puisi yang
bertajuk Kurang Ajar. Puisi ini juga mampu menjentik hati kecilku kerana
baitnya sampai. Apa yang aku cuba fahami daripada puisi ini ialah malu adalah suatu
kelemahan terbesar kepada umat Islam hari ini. Penulis tidak mengajar orang
ramai untuk bertindak kurang ajar kerana Rasulullah juga menegah kita
berkelakuan sebegitu. Aku faham kehendak penulis dalam menyatakan kurang ajar di
sini ialah tidak mendapat peluang mendapatkan pendidikan kerana dari ayat
penulis lihat petani-petani yang kurang ajar. Ubah diri kita dari seorang
yang malas dan malu untuk menjadikan diri kita yang lebih baik kerana tidak aka
nada yang mampu mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri.
Sebuah perkataan yang paling
ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.
Untuk bangsa kita yang pemalu.
Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.
Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.
Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar
alia ayunie binti che yob (a168122)
PENTERJEMAHAN SEBELUM MERDEKA
Sejarah penterjemahan buku di
Malaysia lebih tertumpu kepada terbitan buku-buku agama (tauhid,
usuludin, fekah dan tasauf). Anak watan Tanah Melayu yang menjalankan
kerja penterjemahan muncul pada awal tahun 1930-an, iaitu Sheikh Idris al-Marbawi. Kemunculan terbitan 'Al-Islam' dan 'Seruan Al-Azhar'
merupakan ruang karya terjemahan Arab-Melayu yang merangkumi
pengetahuan am dan novel. Antara karya yang terkenal ialah "Asyik dan
MaÊsyuk" oleh Sheikh al-Hadi dan cerita-cerita Rokambul yang disiarkan
dalam akhbar "Saudara" pada awal 1930-an.
Bagaimanakah suasana penterjemahan pada peringkat awal?
Dalam sejarah penterjemahan bahasa Melayu, banyak cerita dari India dan Semenanjung Arab telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Contohnya Hikayat Seri Rama, Hikayat Sang Boma dan Hikayat Si Miskin dari India, manakala Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Bayan Budiman dari Arab. Beliau menggunakan istilah saduran termasuklah juga kitab agama yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Raniri, Sheikh Abdul Samad al-Pelembangi dan Sheikh Muhamad Arshd a-Banjari. Antaranya ialah Hidayatul Salikin, Bulughul Muram, dan Minhajul Abidin. Kegiatan penterjemahan bermula dengan rasminya selepas penubuhan Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim, Perak. Pada tahun 1924 , O.T. Dusseck telah memohon kebenaran untuk menubuhkan Badan Menterjemah yang kemudiannya ditukar nama menjadi Pejabat Karang Mengarang (PKM).
PKM melaksanakan tugas awalnya, iaitu menulis, menterjemah dan menyunting buku pelajaran dan novel serta menyelenggarakan percetakan karya terjemahan. PKM telah menjalankan pelbagai aktiviti. Antaranya ialah melatih penterjemah dan menggalakkan kegiatan-kegiatan lain yang berkait dengan penterjemahan seperti penganjuran kursus penyuntingan, seminar dan persidangan peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Badan ini juga menterjemahkan perkara yang diperlukan oleh kerajaan. Kebanyakan penterjemah baharu ini berkelulusan Senior Cambridge dan berminat dalam bidang penterjemahan. Kegiatan penterjemahan amat diperlukan kerana penerbitan buku-buku teks untuk tujuan pengajaran bagi pelajar maktab tersebut.
Antara kejayaan penerbitan PKM yang terkenal ialah The Malay School Series dan The Home Library Series. Sehingga tahun 1936, PKM telah menghasilkan 32 buku teks terbahagi kepada lima kelompok, iaitu buku teks sekolah, buku teks sejarah, buku teks matematik, geometri dan congak, buku teks ilmu alam, dan buku teks kesihatan dan latihan tubuh. Usaha yang signifikan ialah penerbitan cerita 1001 Malam daripada naskhah Inggeris yang diusahakan oleh Allayarham DatoÊ Onn Jaafar semasa beliau memimpin Lembaga Melayu pada awal 1930-an. Di sinilah juga lahir seorang tokoh ulung dan pejuang bahasa Melayu, iaitu Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za'ba.
Nurul Izzah Binti Zainol (A168059)

Tongkat Warrant
Tongkat Warrant
atau nama sebenar beliau Usman Awang seorang Sasterawan Negara Malaysia yang terkenal. Beliau
lahir pada 12 Julai 1929 dan meninggal dunia pada 29 November 2001 bertepatan
dengan sehari sebulan ulang tahun kelahiran saya.
Beliau dikenali sebagai
seorang penyair dan ahli drama yang
prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir,
Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan
barangkali lain-lain lagi. Dalam tahun 1991, beliau telah dianugerahi Darjah
Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan
yang membawa gelaran Dato’. Usman lahir di Kampung Tanjung
Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12 Julai 1929.
Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang.
Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi.
Ayahnya seorang nelayan yang mencari dan menjual rotan pada waktu musim
tengkujuh. Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang
menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja. Pendidikan
yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja.
Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam
bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca sejak kecil lagi. Beliau
bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940)
hingga lulus Darjah 6.
alia ayunie binti che yob (a168122)
BILA MULA MENTERJEMAH?
Sejarah
penterjemahan di Tanah Melayu boleh dikatakan bermula ketika zaman kegemilangan
Melaka. Sejarah penterjemahan dikatakan bermula di Melaka kerana ketika itu
kedatangan kuasa asing ke Alam Melayu. Bagi memenuhi keperluan kuasa asing ini
di Tanah Melayu, maka penterjemahan dilakukan.
Kedatangan
kuasa asing ini bukan sahaja membawa pengaruh bahasa, namun turut membawa agama
mereka. Oleh yang demikian, pada zaman kemasukan agama Hindu, Buddha dan Islam,
mereka mereka telah menterjemahkan kitab-kitab Mahabratha dan Ramayana serta
Al-Quran ke dalam bahasa Melayu walaupun hanya secara lisan.
Dalam masa yang sama, pada awal abad ke-20 telah berlakunya pertembungan bahasa dan budaya. Pertembungan bahasa ini telah menyebabkan timbulnya masalah dalam berkomunikasi. Keadaan ini telah menyebabkan pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu mula menggunakan buku terbitan berbentuk terjemahan sebagai panduan bagi mereka menguasai bahasa Melayu demi kepentingan pentadbiran.
Kesimpulannya, kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu telah memberi kesan dalam perkembangan bahasa akibat pertembungan bahasa penjajah dan bahasa penduduk pribumi. Namun, tanpa kedatangan penjajah, kita kemungkina tidak menerima bahasa lain malah hanya menguasai bahasa pribumi sahaja. Sejarah perkembangan penterjemahan di Tanah Melayu berlaku secara berperingkat di Tanah Melayu ketika sebelum merdeka dan selepas kemerdekaan.
*NURUL IZZAH BINTI ZAINOL (A168059)

Keris Mas
Sebelum saya menjejakkan kami di bumi Universiti Kebangsaan Malaysia
nama Keris Mas sangat asing kepada deria pendengaran saya. Pada peringkat awal
Keris Mas cuma saya kenal sebagai nama kolej tempat saya menginap di UKM iaitu
Kolej Keris Mas.

alia ayunie binti che yob (a168122)
PENTERJEMAHAN AL-QURAN DI MALAYSIA.
Kajian tentang sejarah penterjemahan di Malaysia kurang mendapat perhatian kerana kurangnya minat masyarakat terhadap bidang ini. Pada awalnya, Bahasa Arab masuk ke Alam Melayu melalui pedagang Arab yang singgah di Alam Melayu sebelum meneruskan pelayaran ke Cina. Semasa berada di Tanah Melayu, mereka berkomunikasi dengan masyarakat tempatan menggunakan Bahasa Arab dan beransur-ansur mempelajari bahasa masyarakat tempatan. Maka, berlaku penterjemahan di Alam Melayu.

Pada mulanya, di Semenanjung Malaysia al-Quran diterjemahkan secara harfiah. Idea penterjemahan secara harfiah ini telah diperkenalkan oleh Muhammad Maadah bin Layang yang dilahirkan di Kampung Tengkek, Hulu Jempul, Negeri Sembilan. Pada masa itu, jumlah pelajarnya hanya 280 orang sahaja dan kebanyakkannya bersal dari Negeri Sembilan sendiri dan negeri-negeri timur Semenanjung Malaysia seperti Johor, Pahang, Selangor dan Melaka. Manakala, di Pulau Pinang amalan menterjemah al-Quran diajar oleh Che Mat bin Yusuf di Maahad al-Muhammadiah. Maahad ini diasaskan pada 5 Januari 1997 di Paya Kongsi, Balik Pulau. Pelajaran ini juga diajar oleh Hashim bin Man di Batu 5 Jalan Kuala Perlis, Perlis. Ia mula diperkenalkan semenjak tahun 1986 hingga kini.
Pendekatan menterjemah al-Quran secara harfiah ini diusahakan oleh Abdul Aziz bin Yunus secara sukarela di rumahnya sendiri. Manakala, Hashim Abdul Ghani pula mengusahakannya secara komersial dengan membuka pusat pengajian menterjemah al-Quran secara harfiah melalui Institut Kursus Terjemahan Al-Furqan, di pekan Kuala Pilah sejak 1937H/1953M hingga sekarang. Jumlah pelajar yang didaftarkan di institusi ini sama ada yang tamat mahupun separuh jalan adalah seramai 1319 orang. Sebenarnya, pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua tokoh ini adalah sama, tetapi kaedah yang digunakan adalah berbeza kerana Hashim Abdul Ghani telah membuat banyak pembaharuan dalam cara penyampaian dan kaedah tatabahasa.
* Nurul Izzah Binti Zainol (A168059)

Kerajaan Abbasiyyah
Terdapat enam nama penterjemah yang
masyhur dalam sejarah tamadun Islam pada awal zaman pemerintahan Abbasiyah yang saya dapati daripada hasil pembacaan saya
secara rawak. Oleh kerana keinginan yang mendalam dalam diri rakyat dalam
menuntut ilmu memaksa kerajaan ketika itu memperuntukkan pembiayaan kos kepada
penterjemah menterjemahkan ilmu-ilmu dari bahasa asing kepada bahasa Arab. Dapat
dicatat, bahawa ahli penterjemah yang terkenal pada ketika itu iaitu abad ke II dan
ke III Hijriyah namanya sebagai berikut:
1) Juhana merupakan seorang yang mendapat kepercayaan Khalifah
Makmun dalam menterjemahkan buku-buku ilmu pengetahuan, teristimewa dalam
kedoktoran dan falsafah.
2) Hunain bin Ishaq Al 'Abbadi.
3) Ishaq bin Hunain yang terkenal ahli
dalam ilmu kedoktoran dan beliau sangat mencurahkan perhatiannya kepada buku-buku
falsafah dari ahli-ahli falsafah Yunani Kuno seperti Aristoteles dan lain-lain.
4) Qustha bil Luqa iaitu seorang yang bukunya banyak diterjemahkan terutama buku-buku hasil karya Plato dan Aristoteles. Beliau uga banyak memperbaiki buku-buku terjemahan sebelumnya.
5) Tsabit bin Qarzah Al Harzabi merupakan seorang terkenal sebagai ahli dalam bidang kedoktoran dan falsafah serta ahli dalam bahasa
Syiria dan Arab.
6) Yakut bin Ishaq Al Kindi merupakan seorang ahli falsafah terkenal dan ahli terjemah dari bahasa Arab asli.
Banyak sekali terjemahannya yang khusus untuk dirinya, bukan untuk mendapatkan nama atau untuk dipamerkan.
alia ayunie binti che yob (a168122)
Thursday, 30 May 2019
Bukan Bangunan Biasa
Gambar bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bangunan ini bukanlah sesuatu yang asing kepada rakyat Malaysia. Penubuhannya meninggalkan impak yang baik kepada masyarakat hasil daripada pemimpin-pemimpin yang merasakan mereka perlu bertanggungjawab kepada bangsa Melayu. Semua orang dapat mengambil manfaat dan kebaikan yang terdapat padanya. Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) adalah sebuah
institusi bawah kerajaan yang ditubuhkan demi menjaga hak Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi Malaysia. Secara peribadinya, tarikh pembinaan bangunan ini tidak
ada dalam pengetahuan saya namun saya pasti pembinaannya membawa kepentingan
kepada rakyat Malaysia. Hari ini saya tahu, DPB ini dibangunkan untuk
memperkembangkan bakat sastera dalam bahasa kebangsaan, menerbitkan
karya-karya, membakukan ejaan, menggalakkan penggunaan bahasa yang betul dan
bermacam lagi.
Alia Ayunie binti Che Yob, A168122.
Alia Ayunie binti Che Yob, A168122.
Wednesday, 29 May 2019
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), atau nama asalnya Balai Pustaka ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerakkan dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Matlamat penubuhan adalah untuk:
1. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.
2. Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan.
3. Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percertakkan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah, dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan bahas-bahasa lain.
4. Membakukan ejaan dan sebutan, dan mmebentuk istlah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
5. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
6. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuasa.
NURUL IZZAH BINTI ZAINOL (A168059)

Subscribe to:
Posts (Atom)