Thursday, 30 May 2019

Bukan Bangunan Biasa


Related image
Gambar bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bangunan ini bukanlah sesuatu yang asing kepada rakyat Malaysia. Penubuhannya meninggalkan impak yang baik kepada masyarakat hasil daripada pemimpin-pemimpin yang merasakan mereka perlu bertanggungjawab kepada bangsa Melayu. Semua orang dapat mengambil manfaat dan kebaikan yang terdapat padanya. Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) adalah sebuah institusi bawah kerajaan yang ditubuhkan demi menjaga hak Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia. Secara peribadinya, tarikh pembinaan bangunan ini tidak ada dalam pengetahuan saya namun saya pasti pembinaannya membawa kepentingan kepada rakyat Malaysia. Hari ini saya tahu, DPB ini dibangunkan untuk memperkembangkan bakat sastera dalam bahasa kebangsaan, menerbitkan karya-karya, membakukan ejaan, menggalakkan penggunaan bahasa yang betul dan bermacam lagi. 

Alia Ayunie binti Che Yob, A168122.

Wednesday, 29 May 2019

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

    Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), atau nama asalnya Balai Pustaka ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerakkan dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Matlamat penubuhan adalah untuk:
1. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.
2. Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan.
3. Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percertakkan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah, dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan bahas-bahasa lain.
4. Membakukan ejaan dan sebutan, dan mmebentuk istlah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
5. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
6. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuasa.

NURUL IZZAH BINTI ZAINOL (A168059)

INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 14 September 1993 untuk menyediakan prasarana bagi mewujudkan industri terjemahan di Malaysia, selaras dengan haluan negara menuju wawasan 2020. Modal asas ITBM dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) manakala pentadbirannya diselia oleh Kementrian Pendidikan Malaysia (KPM).
      ITBM ditubuhkan bagi mengangkat bidang terjemahan dalam negara, mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu pada semua peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. ITBM juga bertanggungjawab memperkasa dan memperbanyak penerbitan karya asli penulis tempatan bagi merancakkan industri perbukuan negara selaras dengan perluasan mandatnya yang diumumkan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak pada 16 Disember 2011.

BY: NURUL IZZAH BINTI ZAINOL (A168059)

Friday, 24 May 2019

PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA

Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) adalah sebuah badan sukarela yang ditubuhkan pada 8 April 1978 dan didaftarkan pada 4 Oktober 1979, atas kesedaran untuk mewujudkan kegiatan dan gerakan secara kolektif dalam hal-hal penterjemahan dan untuk menyatukan seluruh kegiatan penterjemahan di Malaysia. Semenjak penubuhannya, PPM telah mengadakan pelbagai kegiatan seperti bengkel, kursus seminar dan sebagainya.

Di antara sumbangan besar PPM dalam bidang penterjemahan di Malaysia ialah penganjuran Persidangan Penterjemahan Antarabangsa. Persidangan Dwi tahunan ini dianjurkan dengan kerjasama institusi-institusi lain seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Ianya merupakan satu medan di kalangan para penterjemah, jurubahasa, penerbit, penulis, cendiakawan, pakar bidang dan pecinta bahasa untuk mengemukakan idea, gagasan dan sebagainya bagi memperbaiki dan mengembangkan lagi kegiatan penterjemahan di Malaysia.

YASMIN HUDA BINTI ISMAIL (A168125)

Sunday, 19 May 2019

MAKNA AYAT

 KULIAH TAMA (16/04/2019)

Terjemahan merupakan menyalin semula makna namun bukan menyalin bentuk.

makna ayat terbahagi kepada 3 iaitu
  1. Ayat Maklumat paling banyak kita hasilkan secara lisan dan juga tulisan. serta ayat yang mudah untuk diterjemahkan serta ayat untuk memberitahu sesuatu.
  2. Ayat perasaan
  3. Ayat arahan
تتكون المادة من الذرة - merupakan unsur yang paling kecil dan terdapat atom didalam zarah

من الأفضل تأجير السفر- lebih baik kalau kamu tangguhkan dahulu perjalanan

لا بد من الوحدة العربية- tidak dapat tidak ada kesatuan Arab

أقدرك وأحترمك- saya menghormati kamu


YASMIN HUDA BINTI ISMAIL (A168125)     

Friday, 17 May 2019

GOOGLE TRANSLATE DAN TERJEMAHAN

Seiring dengan perkembangan teknologi dan maklumat, Google Translate menjadi satu medan untuk generasi kini menterjemah kerana ia mampu menterjemah lebih dari 50 bahasa di dunia. Namun, hasil terjemahan Google Translate ini masih mepunyai banyak kelemahan dan tidak mampu menghasilkan sebuah terjemahan yang tepat. Jika anda seseorang yang menguasai bahasa asing atau mengetahui sedikit tentang bahasa asing, anda pasti dapat mengesan kekurang yang hasil terjemahan dari Google Translate ini. Kita harus meneliti hasil terjemahan kerana terutamanya dari segi  perbendaharaan kata, kerana padanya terdapat banyak pihak yang meragui mutu hasil terjemahan teknologi ini. Maka, boleh dikatakan bahawa Google Translate hanya sesuai untuk menterjemahkan perkataan dan bukannya menterjemah ayat. Terjemahan yang baik ialah terjemahan yang mengambil kira maksud keseluruhan ayat bukannya terjemahan perkataan demi perkataan. Jadi, sebagai pelajar berhati-hatilah ketika menggunakan Google Translate sebagai medan menterjemah.

by: Nurul Izzah Binti Zainol (A168059)
Related image

Saturday, 11 May 2019

APA ITU TERJEMAHAN?

Penterjemahan merupakan proses perpindahan mesej daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan ( teks sasaran ) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Kegiatan menterjemah mula dilakukan di alam Melayu sejak awal kedatangan bangsa asing ke sini. Sebelum kedatangan bangsa Arab dan Parsi ke alam Melayu, sama ada untuk menyebarkan Islam atau untuk berdagang, bangsa Melayu telah bercampur dengan bangsa India dan terpengaruh dengan budaya Hindu. percampuran Melayu dengan tiga budaya asing ini membuka peluang kpada bidang terjemahan untuk terus berkembang.

*NURUL IZZAH ZAINOL (A168059)
Image result for kesultanan melayu melaka

Wednesday, 8 May 2019

PADANAN TERJEMAHAN

penterjemah sebenarnya ialah kerja mencari padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna bagi kata-kata teks sumber agar makna asalnya disampaikan kepada pembaca teks sasaran.

konsep padanan
  • mencari padanan yang betul-betul tepat antara 2 bahasa 
  • mencari padanan merupakan masalah utama teori terjemahan
  • setiap hasil penterjemahan dianggap sebagai refleksi drpd pencarian padanan dlm proses penterjemahan.
NIDA- 2 jenis padanan iaitu padanan formal (pentejemah berusaha sedaya upaya menghasilkan semula bentuk dan isi secara literaldan menepati makna) dan padanan dinamis (memberi tumpuan kpd indeks pengistilahan bagi tujuan keselarian dalm menggunakan perkataan- bahasa sumber=bahasa sasaran.)

YASMIN HUDA BINTI ISMAIL (A168125)
 

LARAS BAHASA

laras bahasa merupakan satu sistem blambang pertuturan yang arbitrari dan digunakan oleh manusia untuk berhubung.
ia juga merupakan alat perhubungan dan komunikasi, alat utk mnyatakan perasaan, melahirkan keinginan dan bahaas yang mempunyai sistem heterogen.

CIRI-CIRI LARAS BAHASA
  • ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa- terbahagi kpd 2 jenis iaitu situasi luaran (latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa) dan situasi persekitaran (4 faktor yang terlibat iaitu carapenyampaian, hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa, bahan yang diperkatakan dan juga fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa sama ada rasmi atau tidak)
  • ciri-ciri linguistik- unsur-unsur sistem bahasa iaitu, bunyi, perkataan, frasa dan ayat.
format laras
  1. laras undang-undang
  2. laras ucapan
  3. laras iklan/bahasa perniagaan
  4. laras laporan berita dalam akhbar 
  5. laras bahasa agama
  6. laras bahasa sukan
  7. laras bahasa sastera
  8. laras ekonomi
  9. laras akademik
  10. laras bahasa sains
  11. laras bahasa media massa
  12. laras bahasa rencana
YASMIN HUDA BINTI ISMAIL (A168125)

Saturday, 4 May 2019

MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA

Budaya berasal drpd bahasa Sanskrit iaitu 'buddhayah'. Ia juga disebut sebagai 'culture' yang berasal dari Latin iaitu 'Colere' yang membawa maksud 'mengerjakan' @ 'bertani'.

kebudayaan merupakan keseluruhan komples, yg dlmnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan kemampuan-kemampuan lain yang didapati pada seseorang sebagai anggota masyarakat.

FUNGSI KEBUDAYAAN:
  1. mensosialkan anggota masyarakat yang baru supaya menjadi org yg berfungsi dlm masyarakat.
  2. menjaga dan mengawal anggotanya dgn kawalan sosial, norma dan nilai masyarakat.
  3. meneruskan peraturan antara sesama anggotanya dan antara anggotanya dgn org luar.
  4. perangsang kpd anggotanya utk meneruskan masyarakatnya. 
BUDAYA DAN PENTERJEMAHAN-untuk menghasilkan teks yg bermutu tinggi dan memberikan kesan yg sehampir mungkin dgn pembaca teks asal.

  1. TERJEMAHAN BAHASA- penterjemah perlu menggunakan bahasa sebagaimana yg digunakan oleh penutur asal
  2. TERJEMAHAN BUDAYA - terjemahan bermutu tinggi adalah terjemahan yg dpt memberitahu pembaca sasaran bhw mereka sedang membaca berkenaan org, benda, perkara dan budaya asing. oleh itu, ia wajib dikekalkan.
pembahagian budaya
  • BUDAYA EKOLOGI- mengkaji makhluk hidup di habitatnya, ilmu yang mengkaji struktur alam.
  • BUDAYA SOSIAL- berkait dgn adat resam dan kepercayaan masyarakat.
  • BUDAYA IDEOLOGI - berkait dgn agama, kepercayaan, adat resam dan politik.
  • BUDAYA MATERIAL 
YASMIN HUDA BINTI ISMAIL (A168125)

Friday, 3 May 2019

MENTERJEMAH FUNGSI AYAT

terjemahan iaitu menyalin semula makna, bukan menyalin semula bentuk
fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat
sudut makna terbahagi kpd 3:
  1. ayat maklumat (informatif)
  • menterjemahkan ayat maklumat adalah paling mudah
  • paling byk diterbitkan baik dlm bahasa lisan mahupun tulisan
  • fungsi bahasa yg paling penting ialah sebagai penghantar maklumat
  • tujuan: untuk memberitahu sesuatu 
  • ayat maklumat terdiri drpd: ayat perisytiharan, ayat pernyataan, ayat takrifan, ayat tegasan, persetujuan, nafian, sangsian, tanyaan, nilaian, sudut pandangan, syarataan, cerita termasuk pemerian, janji termasuk ikrar dan sumpah.
  1. ayat arahan(imperatif)
  •  ada cara tersendiri utk menyampaikan sesuatu suruhan @ perintah
  • byk diterbitkan oleh manusia (terdpt dlm pelbagai jenis dokumen (undang-undang, teks sains, label pada kotak ubat, manual barangan pengguna hinggalah ke buku resepi dan sebagainya))
  • ayat perintah
  • ayat suruhan
  • larangan
  • panduan
  • amaran
  • undangan
  • silaan
  • ajakan
  • gesaan 
  • tawaran
  • peraturan
  1.  ayat perasaan (sejenis makna)
  • sukar diterjemahkan
  • pelbagai perkataan emotif sendiri
  • menggambrakan perasaan yg dialami oleh seseorg
  • tak mengandungi maklumat &tak bermaksud menghendaki org lain melakukan sesuatu.
  • ciri : nada @ intonasi suara yg mengiringi pengucapan ayat-ayat itu.
YASMIN HUDA BINTI ISMAIL (A168125)

MENTERJEMAH FRASA DAN PERIBAHASA

FRASA: unit yg terdiri drpd satu susunan yg menagandungi sekurang-kurangnya dua perkataan @ satu perkataan yg berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan @ lebih.

dalam bahasa Arab frasa dipanggil sebagai 'al-ibarah' @ 'al-tarkib'

JENIS FRASA:
  1. frasa idiomatik/al-tarkib al-istilahi
  2. tarkib idafi
  3. tarkib wasfi
  4. taukid
  5. badal wa mubdal minhu
  6. 'ataf wa ma'tuf alayh

 PERIBAHASA ARAB: kata-kata ringkas padat yg meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu
terbahagi kepada 3:
  1. al-Mathal al-mujaz (peribahasa ringkas)
  2.  al-Mathal al-qiyasiy (cerita @ kisah yg selalu disebut utk menerangkan sesuatu perkara
  3. al-Mathal al-khurafiy (peribahasa yg dibina oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang @ dibina berdasarkan cerita-cerita khurafat yg tersebar luas di sekeliling mereka)
 PERIBAHASA MELAYU:
  1. perumpamaan (perbandingan makna yg sgt jelas dan terang)
  2. simpulan bahasa (ungkapan yg biasanya terdiri dari dua @ tiga perkataan & mempunyai makna yg berlainan sama sekali drpd makna asal yg dibawa oleh perkataan-perkataan tersebut)
  3. bidalan (peribahasa yg dicipt untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar)
  4. pepatah (ungkapan yag berasal-usul drpd pusaka adat resam. maknanya tidak berubah dan berfungsi sebagai pedoman hidup. ia memiliki ciri-ciri puisi tradisional Melayu)
TEKNIK MENTERJEMAH
  1. peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yg seerti dlm bhs sasaran
  2.  menggunakan teknik pinjam terjemah
  3. teknik memperjelas makna
  4. proses gantian peribahasa
YASMIN HUDA BINTI ISMAIL (A168125)

MENTERJEMAH KATA GANTI NAMA

KGN merupakan kata yang digunakan untuk menggantikan kana nama lain seperti kata ganti nama diri utk menunjukkan org contohnya, dia, saya, kamu.

bagi kata ganti nama arab terbahagi kepada 4 iaitu:
  • bariz (nyata) :munfasil dan muttasil
  • mustatir (tersembunyi) :wajib al-istitar dan jaiz al-istitar
  •  mudhakkar (lelaki)
  • muannath (perempuan)
  1.   أنا (padanan ana: saya, aku, beta, patik, hamba
  2. نحن (kami -lelaki dan perempuan)
  3. أنتَ (kamu seorang lelaki)
  4. أنتِ (kamu seorang perempuan)
  5. أنتما (kamu dua orang lelaki @perempuan)
  6. أنتم (kamu semua lelaki)
  7.  أنتن (kamu semua perempuan)
  8. هو (dia seorang lelaki)
  9. هي (dia seorang perempuan)
  10. هما (mereka dua orang)
  11. هم (mereka -ramai (lelaki))
  12. هنَّ (mereka-ramai (perempuan))
YASMIN HUDA BINTI ISMAIL(A168125)

Thursday, 2 May 2019

MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS

kata nama khas khusus dirujuk sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahas, dan lain-lain lagi.
terbahagi kpd 2 iaitu, kata nama khas hidup (manusia dan binatang) dan kata nama khas tak hidup (Nik Safiah Karim 2004)

menurut Newmark (1988): perbezaan KNK dengan istilah budaya adalah walaupun KNK dengan istilah budaya merujuk kpd org, benda @ proses sesuatu komuniti etnik, KNK hanya mempunyai satu rujukan shj sedangkan istilah budaya merujuk kelas-kelas antiti.

terdapat 3 strategi khas dlm penterjemahan KNK iaitu
  • mengekalkan kata nama asal 
  • menggantikan kata nama asal dgn kata lain 
  • menggugurkan terus kata nama itu.
YASMIN HUDA BINTI ISMAIL (A168125)

MENTERJEMAH KATA KERJA BERIMBUHAN

Terdapat 10 kata imbuhan bahasa Arab iaitu:
  1. bentuk II (فعّل)
  • memberi pengertian intensif/ ekstensif
  • memberi pengertian kausatif/ penyebab atau menjadikan sesuatu kenyataan 
  • menukarkan kata kerja tak transitif menjadi transitif
  • memberi makna atau anggapan
  • berbentuk namaan/ denominatif
  1. bentuk III (فاعل) 
  • percubaan melakukan sesuatu kepada sesorang & menunjukkan hal timbul balik di antara kedua-dua belah pihak.
  • menunjukkan hal timbul balik & menukar objek/makruf drpd tak langsung kpd langsung
  • menunjukkan bahawa si pelaku menggunakan sesuatu keadaan @ sifat kpd org lain & mndtgkn kesan kpdnya @ membawakan org kedua ke dlm suasana berkenaan.
  •  dominatif
  1. bentuk IV (أفعل)
  •  memberi maksud kausatif/faktitf
  • deklaratif atau estimatif
  • denominatif
  1.  bentuk V (تفعّل)
  • menjadi refleksif kepada bentuk II
  • menerangkan keadaan sesuatu objek sebagai hasil/kesan drpd tindakan dalam kata kerja bentuk II.
  •  tidak terlalu reklesif
  • boleh menjadi pasif dari segi maknanya.
  • mengandungi makna denominatif
  • sering menunjukkan kesan
  • manjadi kata kerja tak transitif
  1. bentuk VI (تفاعل)
  • refleksif drpd usaha/percubaan yang dibuat dlm kata kerja bentuk III yang berfungdi transitif.
  • idea/ usaha yang diungkapkan dalam kata kerja bentuk III mndpt tentangan @sambutan dalam kata kerja bentuk VI
  • kdg tidak membawa pengertian timbal balik 
  • maksud berpura-pura
  • erti berturut
  • dirujukkan khas kpd Allah SWT
  1. bentuk VII (انفعل)
  • menunjukkan makna refleksi @ pasif yang ada dlm bentuk I
  • membenarkan sesuatu perbuatan yang dilakukan ke atasnya @ suatu tindakan yg memberi kesan kpd seseorg.
  • refleksif 
  • tidak pernah membawa makna timbal balik 
  • tak transitif
  1. bentukVIII (افتعل)
  • refleksif drpd bentuk I
  • fungsi yang selari dgn kk bentuk VI
  • boleh jadi transitif dan  tak transitif
  • bentuk I dan III mempunyai maksud yang sama
  • menunjukkan ragam pasif
  1. bentuk IX (افعلّ)
  • menunjukkan warna @ kecacatan jasmani
  • tak mempunyai ragam pasif
  • kata nama terbitan
  • boleh digunakan untuk mmbentuk perbandingan satu satu warna @ kecacatan
  1. bentuk X (استفعل)
  • mengubah makna faktitif dalam bentuk I dan dijadikan refleksif yang disertai harapan
  • memberi erti permohonan @ permintaan dlm kk itu.
  • menunjukkan makna kausatif 
  • menjadi denominatif (gabung refleksif dan faktitif)
  • kaya dlm pengluasan makna yg pelbagaidrpd akar kata yg tak dpt dikelompokkan.
YASMIN HUDA BINTI ISMAIL (A68125)

JENIS TERJEMAHAN

Secara umumya, ada 2 jenis terjemahan iaitu, terjemahan tulisan dan juga lisan.

TERJEMAHAN TULISAN : dilakukan secara tulisan, kefasihan seseorang itu bercakap tak menjadi syarat yang mutlak dan penterjemah boleh mambaiki kesilapan yang dilakukan semasa menterjemah.

TERJEMAHAN LISAN: dilakukan secara lisan, secara langsung, tak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unusr-unsur bahasa atau ajaran yang salah dan penterjemah tersebut masih berkemampuan untuk bercakap fasih dan lancar.

Menurut Robert Lado terjemahan terbahagi kepada 2 iaitu, Faktual dan Sastera.

CIRI-CIRI TERJEMAHAN FAKTUAL:
  • memindahkan maklumat yang berbentuk fakta
  • ringkas, sederhana, wajar dan tak mengelirukan 
CIRI-CIRI TERJEMAHAN SASTERA:
  •  dilakukan untuk kepentingan kesenian dan kesusateraan
  • bentuk pengungkapannya sama seperrti teks asal
  • mampu merasai nuansa dan getar rasa yang terkandung dalam teks asal
  • lebih mementingkan keindahan bahasa dan ketajaman pemaknaan bahasa sumber 
Menurut Roman Jacobson terjemahan terbahagi kepada 3 iaitu, intralingual, interlingual dan intersemiotik.

Menurut J.C. Catford pembahagian terjemahan berdasarkan kepada:
  • keluasan bahan yang akan diterjemahkan.
  • unsur Linguistik
  • tataran linguistik
Menurut Peter Newmark terjemah terbahagi kepada 2 iaitu, komunikatif dan semantik.

Kaedah terjemahan pula terbahagi kepada 3 iaitu:
  • kata demi kata
  • harfiah
  • bebas
YASMIN HUDA BINTI ISMAIL ( A168125)